“AINI SOPHI” DINOBAT SEBAGAI IKON WANITA MELAYU PWM2019

Posted On: 24 April 2019

Gadis kelahiran Melaka, Aini Sophi (19) diangkat sebagai Ikon Wanita Melayu – Pencarian Wanita Melayu Plaza Shah Alam. Kemenangan Aini Sophi meneruskan gemilang takhta Ashira Kasih, Ayu Harris, Nur Hazwani, Ain Nasiron dan Amy Nur Tinie yang merupakan Ikon Wanita Melayu yang pernah diangkat Plaza Shah Alam sepanjang enam tahun penganjuran.

Aini Sophi melumpuhkan impian 9 lagi finalis Pencarian Wanita Melayu 2019 untuk bergelar Ikon tahun ini dengan kemenangannya sebagai Ikon Wanita Melayu termuda sepanjang program ini dianjurkan pihak Plaza Shah Alam sejak enam musim. 

            Merapati markah Aini Sophi adalah Fatin Nabilah (21) yang menggungguli tempat kedua dan Farzana Zainul (22) yang mendapat tempat ketiga. Dua kategori khas yang diberikan oleh penganjur adalah Miss Pesonality yang disandang oleh Nur Jannah Adibah (29) dan Miss Photogenic, Natasha Azman (24). 

Satu kategori khas oleh penaja, Xixili iaitu Miss Confident Xixili disandang oleh gadis muda, Nurul Aina (22) yang berjaya menarik minat pilhak Xixili dengan keyakinan diri dan perwatakan diri yang bersahaja.

Kesemua finalis dinilai dari aspek Komunikasi, Personaliti, IQ, dan Catwalk. Duduk di kerusi juri terdiri daripada 4 panel utama, Puan Azura Mokhtar (Pengurus Kanan Plaza Shah Alam), Encik Faizal Hamid (Pensyarah Fesyen UiTM), Puan Rosie Haslinda Nasir (Ketua Pengarang InTrend Malaysia) dan Asyraf Dasley (Model). 

Majlis berlangsung di ruang legar Plaza Shah Alam menyaksikan Fahrin Ahmad sebagai pengacara majlis dengan kehadiran lebih 200 tetamu jemputan dan VIP yang terdiri daripada Dato’ Sri Meer Habib dari Habibs Jewels, Mr. Lung Hien Chou (General Manager EvergreenVenues, pemilik Plaza Shah Alam) dan wakil Habib Group, Puan Yasheedah.


Penganjur: Plaza Shah Alam
Penaja Utama: Habib Jewels & Ice-Watch
Penaja bersama: Xixili, Anytime Fitness, Smart Travelo, Brillando, Rasagarwood & Ashira Kaseh. 
Koordinator: Yann Rifft