Berlangsung cukup meriah dengan kedatangan cukup ramai pengunjung selama 3 hari, Pet Show & Clear Almari anjuran bersama Kelab Kucing Malaysia. Antara kempen yang dilaksanakan menerusi program kali ini adalah Pemvaksinan kucing, Cats adoption, jualan barangan serta makanan kucing serta pameran haiwan eksotik.
Selama tiga hari berlangsung, lebih dua ribu pengunjung hadir memeriahkan acara yang dinantikan iaitu Cats Fancy Dress dan juga Petting Zoo haiwan seperti arnab yang membolehkan pengunjung turut sama bermain bersama mereka.
Acara ini turut dianjurkan bersamam Power Cat Malaysia, World Of Exotics (M) Sdn Bhd, G2G juga badan berkanun lain yang terlibat. Jumpa lagi di acara berikutnya tahun hadapan.