Tinggal kurang 2 minggu lagi kita bakal menyambut hari raya. Biasalah bila dah hujung-hujung puasa ni, persoalan nak berbuka dekat mana tu pasti timbul kan! Buat warga Shah Alam yang bingung nak berbuka dekat mana tu, kami di Plaza Shah Alam ada 5 pilihan paling menarik menjelang hujung-hujung ramadan ni. Jom singgah sementara masih bulan puasa ni!
Bagi yang sukakan makanan minang yang pedas-pedas, boleh singgah Seri Keningau yang berlokasi di aras 1, Plaza Shah Alam. Untuk bulan puasa tahun ni, Seri Keningau menawarkan pekej bufet dengan dua harga iaitu RM35 (Dewasa) dan RM17 (kanak-kanak)
Antara menu menarik yang patut anda semua cuba adalah Kambing Golek, Ikan Patin Tempoyak, Steamboat, Ayam Golek, Yong Tau Fu dan pelbagai kuih-muih tradisi turut disediakan sebagai juadah berbuka puasa.
Citarasa authentic di Nyonya Kitchen sudah menjadi signatur Nyonya Kitchen. Menu-menu alakatnya memang sudah dikenali sejak dulu lagi. Dan apa yang menarik untuk bulan puasa ni, Nyonya Kitchen menawarkan 6 pakej berbeza sebagai santapan berbuka.
Pakej bermula pada harga RM178 sehingga RM 646 dengan menu yang berbeza. Tapi kalau dah datang Nyonya Kitchen ni mesti kena try Asam Kepala Ikan selain Ayam Pandan, Rendang Ayam dan Sup Shark fin.
Bagi penggemar masakan dari Arab, jom singgah ke Sahara Tent. Bersempena bulan puasa ini restoran ini menawarkan pakej bufet pada harga RM59 (Dewasa) dan RM29 (Kanak-kanak). Boleh cuba menu seperti Kabsa Chicken dan Kabsa Lamb yang pastinya akan membuat anda nak datang makan lagi!
Nikmati hidangan makanan Thai istimewa di restoran Famous Thai. Ada pakej berbuka yang dengan harga bermula RM89.90++ sehingga RM639.90++ disediakan dengan menu berbeza. Tapi kalau dah makan dekat kedai Thai mesti kena try Tom Yam selain menu lain seperti Thai Sambal Squid, Chicken Dried Chili Cashewnut dan Daging Merah istimewa.
Bagi penggemar nasi ayam pula, boleh berbuka di The Chicken Rice Shop yang kali ini tampil istimewa dengan menu Ayam Rempah Aroma. Tawaran terhad ini hanya dibuka bersempena bulan puasa ini. Jadi, apa lagi jom try!