Meneruskan tradisi promosi bersempena sambutan bulan Ramadan dan Syawal tahun, Plaza Shah Alam mengembalikan “Nostalgia” rumah lama buat semua pengunjung. Dengan tagline “Kasih Bertaut di Aidilfitri” – Plaza Shah Alam membawa pendekatan untuk mengembalikan memori sambutan Ramadan dan Syawal dalam suasana penuh harmoni.
Konsep rumah bonda yang menjadi idea utama dekorasi tahun ini mengambil ilham indah persiapan hari raya keluarga di sekitar era 80-an. Pentas utama mengambil ilham dapur rumah Melayu dengan hiasan lengkap meja makan, sudut dapur serta ruang tamu. Signifikan kepada ruang berkumpul keluarga ketika pulang berhari raya di kampung halaman.
Pelbagai aktiviti menarik telah disusun sepanjang tempoh promosi 10 Mei sehingga 14 Jun 2018 dengan jumlah booth promosi melebiha 30 kesemuanya merangkumi rangkaian pakaian sambutan hari raya, kuih muih dan juadah berbuka puasa yang disediakan jualannya oleh pihak FAMA.
Antara jenama yang terlibat dalam promosi kali ini adalah House of Blose by Najmar, Hijup, Cirgaro Apparel, Butik D’Qapas, Bahari Asyek, Parca Apparel, Astana Carpet, MC Vogue dan banyak lagi.
Persembahan istimewa artis turut diadakan selepas waktu berbuka puasa. Bermula 26 Mei (Sabtu) acara menghiburkan pengunjung akan diteruskan sepanjang hujung minggu promosi ini berlangsung. Antara artis yang terlibat Datuk Nash, Ernie Zakri, Floor 88, Arif Bahran, Aman Aziz, Aswad Motawh & Naim Daniel.