Shah Alam, 13 Ogos 2022 – Pentas utama Plaza Shah Alam menyaksikan kemenangan berpihak pada gadis bernama Aqila Afindi (21) yang membawa gelaran Ikon Wanita Melayu 2022 – Pencarian Wanita Melayu anjuran Plaza Shah Alam.
Aqila menewaskan sembilan lagi saingan terdekatnya dengan membawa pulang hadiah berupa wang tunai bernilai RM10,000 daripada pihak Plaza Shah Alam serta hadiah iringan sumbangan penaja-penaja.
Berada rapat sebagai pesaingnya ialah Nur Athiya Hazirah (26) yang mengungguli tempat kedua dengan membawa pulang wang tunai sebanyak RM5,000 berserta hadiah daripada para penaja dan Siti Aisyah (26) mendapat tempat ketiga dengan membawa wang tunai RM3,000 daripada Plaza Shah Alam berserta hadiah sumbangan penaja-penaja lain.
Miss Personality menjadi milik Sabrina Nizam (24) dan Miss Photogenic diberikan kepada Nur Diana Sri Tunteja (21). Kedua-duanya membawa pulang wang tunai RM1,000 daripada Plaza Shah Alam berserta hadiah tajaan. Majlis yang diacarakan oleh Fahrin Ahmad (Aktor) bersama bekas Ikon Wanita Melayu 2018, Amy Nurtinie ini diadili lima juru profesional iaitu Vanidah Imran (Aktres), Encik Faizal Hamid (Pensyarah Fesyen UiTM), Kiffy Razak (Pengarang Urusan majalah NONA), Puan Azura Mokhtar (Pengurus Kanan Plaza Shah Alam) dan Mas Idayu (Selebriti).
Menyorot kembali perjalanan program PWM 2022, Seramai lebih 200 peserta hadir bagi sesi uji bakat yang diadakan selama dua hari pada 23 & 24 Julai lalu diikuti sesi separuh akhir yang berlangsung 6 Ogos menyaksikan 25 peserta bertanding untuk layak ke peringkat akhir.
Aqila menumpaskan harapan sembilan finalis lain iaitu Siti Aisyah (26), Puteri Ermisha Qistina (19), Nur Yasmin (24), Nur Izzatul Aqma (20), Nur Shalia (26), Yaserah Ali (25), Sabrina Nizam (24), Nur Diana Sri Tunteja (21) dan Nur Athiyah Hazirah (26) untuk bergelar Ikon Wanita Melayu Tahun ini.
Penganjur:
Plaza Shah Alam (Dimiliki oleh Evergreenvenues Sdn Bhd)
Koordinator:
Yann Rifft Resources
Penaja utama:
HABIB & ICE-WATCH
Penaja bersama:
Anytime Fitness Plaza Shah Alam, Anas Abdullah, Twenty Skin
Care, Shes, Seri Radiah Songket, Eyrafadz Wedding, Mumtaz
Perfume, Breylee, Lanbena, Schatz, Carya Cometic, Ani
Katering Wedding Planner dan MC Vogue Plaza Shah Alam.