FAMA Negeri Selangor mengambil inisiatif mengadakan program Fiesta Buah-Buahan Tempatan yang diadakan dengan tujuan membantu petani memasarkan hasil tanaman yang mereka miliki untuk dipasarkan lebih meluas untuk pasaran tempatan khususnya. Selain itu, Pengarah FAMA Negeri Selangor, Dato' Abdul Gharif Ramin berkata fiesta ini memberikan peluang kepada semua usahawan yang terlibat untuk menjual sendiri hasil tanaman mereka yang datang dari lokasi-lakasi berbeza.
Tambah Dato' Ghariff lagi, pada tahun ini FAMA Negeri Selangor telah memilih Plaza Shah Alam sebagai salah satu lokasi utama yang berlangsung pada 21 Julai sehingga 19 Ogos akan datang setiap hari bermula 10 pagi sehingga 10 malam. Melihat sambutan yang menggalakkan pada hari pertama dan kedua, membuatkan pihak FAMA Selangor menambah jumlah buah-buahan pada hari berikutnya.
FAMA mensaasarkan jualan sebanyak RM300,000.00 yang merangkumi jualan buah-buahan Durian, Cempedak, Manggis dan lain-lain sepanjang program ini berlangsung. Antara negeri pengeluar tertinggi adalah Pahang, Perak, Pulau Pinang dan Kelantan.
Antara yang paling menarik perhatian sudah tentu jualan durian yang datang dalam pilihan Musang King, Tekka, D2, D24, D13, 101 dan Putu King.