Debaran kian terasa, 28 April ini bakal menyaksikan 12 finalis berentap merebut gelaran IKON WANITA MELAYU dalam PENCARIAN WANITA MELAYU 2018. Kenali lebih dekat 12 finalis ini!
Alya Iman (26)
Aktivi sebagai travel blogger, Alya Iman yang memiliki pendidikan dalam bidang Bio-Chemical salah satu university di United Kingdom ini percaya PWM2018 mampu menjadikan dia lebih dekat dengan budaya Melayu dan sekali gus mahu membawa etika budaya Melayu ke peringkat lebih tinggi.
Nadja Liza (30)
Bidang kerja yang membawa dia terbang jauh ke sana sini membuatkan Nadja, seorang pramugari semakin mahu berkongsi akar budaya Melayu dengan orang luar. Kali ketiga menyertai pertandingan ini, Nadja membuktikan kesungguhannya kali ini terbayar kali ini apabila terpilih sebagai finalis PWM2018.
Siti Mastura (29)
Pernah viral sebagai Wartawan Dikejar Anjing ketika membuat laporan langsung bersama saluran TV terkumuka tempatan, Mastura merupaka ibu kepada tiga anak ini mahu membuktikan, wanita mampu melakukan apa jua yang mereka mahukan tanpa mengira batasan komitmen dan tanggungjawab menguruskan keluarga.
Nur Ezzeyanti Natasha (20)
Masih muda dan cukup dikenali di landasan media sosial, Ezzeyanti memiliki pendidikan dalam bidang Seni dan Kebudayaan daripada Universiti Bandung. Minat dalam bidang ini membawa Ezzeyanti ke pertandingan PWM2018 untuk mencabar dirinya sendiri.
Nuraishah Razak (25)
Tujuan Aishah memasuki PWM2018 adalah untuk keluar daripada zon selesanya. Dia mahu lebih yakin, berani dan ke depan setiap kali berhadapan dengan orang. Sekali gus menjadi contoh juga inspirasi buat wanita di luar sana.
Nur Fatihah Sazali (25)
Wajah tidak asing lagi dalam mana-mana pertandingan kecantikan juga pencarian model, Fatihah sentiasa tampil yakin dan mahu menjadi inspirasi buat wanita di luar sana. Berpengalaman dalam peragaan.
Nur Syuhada (22)
Percubaan pertamanya dalam Pencarian Wanita Melayu membuahkan hasil pabila berjaya ke peringkat akhir PWM2018. Mahu mencabar dirinya dalam melakukan sesuatu yang tidak pernah dilakukan dan mahu meningkatkan keyakinan diri.
Aunee Azrina (25)
Pernah menjadi wakil Malaysia dalam memperagakan busana tradisi Melayu di Jepun, anak kelahiran Perak ini berkemampuan bertutur lancar dalam Bahasa Jepun. Memiliki pendidikan Kejuruteraan electrikal, Tokyo University of Sience, Japan.
Huda Saber (29)
Pernah beberapa kali mencuba untuk menjadi finalis PWM namun gagal tidak membuatkan Huda putus asa. Kali ini dengan kematangan dan visi yang lebih jelas Huda berdiri sama hebat dengan 11 finalis yang lain. Kini Huda masih lagi meneruskan pelajarannya di peringkat Master.
Amy Nur Tinie (22)
Cukup berpengalam dalam bidang peragaan tidak meletakkan dirinya terlalu besar berbanding peserta lain. Mengusahakan perniagaan Spa dan Kecantikan yang berlokasi di Ipoh, Perak – Tinie percaya visi PWM dan visinya seiring dalam memartabatkan Wanita ke peringkat global.
Siti Raihana (18)
Peserta paling muda dalam pertandingan ini, Raihana yang meminati bidang peragaan ini percaya Pencarian Wanita Melayu 2018 mampu menjadi platform terbaik buat dirinya untuk memulakan langkah awal dalam bidang ini.
Nur Athiyah Hazirah (23)
Pelajar dalam bidang perakaunan ini meminati bidang peragaan ini mahu mencari jati diri dan meningkatkan keyakinan yang ada dalam dirinya menerusi program ini sekali gus berharap PWM2018 mampu menjadi platform terbaik mengembangkan bakatnya.