Bagi menyerikan bulan Ramadan yang diraikan dengan penuh kesyukuran dan penghayatan ini, Plaza Shah Alam sekali lagi menyemarakkan bulan mulia ini dengan mengangkat tema Keagungan Ramadan, Keindahan Syawal pada tahun ini.
#MajesticRaya dipilih sebagai tema keseluruhan yang merangkumi warna, ruang dekor dan inspirasi syawal tahun ini bagi menzahirkan tema Keagungan Ramadan, Keindahan Syawal yang dipilih sekali gus menyerapkan erti sebenar kepada pengunjung yang hadir.
Pelbagai aktiviti disusun bagi menarik minat pengunjung yang hadir tahun ini. Selain rangkaian booth baju raya dan kuih raya yang pelbagai kami turut mengisi kalender Ramadan Plaza Shah Alam dengan aktiviti kebajikan bersama anak-anak yatim dan asnaf Selangor.
Majlis berbuka puasa diadakan bersama hampir 40 anak-anak yatim & asnaf bersama kehadiran tetamu kehormat dan artis yang menghiburkan iaitu Azharina dan Mark Adam. Pemenang serta finalis Pencarian Wanita Melayu turut bersama meraikan majlis ini.