MCVOGUE KINI DI PLAZA SHAH ALAM

Posted On: 08 May 2017

Butik modest yang asalnya bergerak secara online, MCvogue kini sudah mula dibuka di Plaza Shah Alam. Berlokasi di tingkat 1, pelbagai pilihan blouse, kain, set baju kurung moden dan lain-lain hadir dengan rekaan menarik penuh warna.

MCvogue mencuri perhatian penggemar fesyen modest tempatan sekitar 2016 yang menjadi tahun penting kebangkitan jenama ini. Kunci rekaan jenama ini masih berteras pada elemen pakaian sopan tetapi bercirikan rekaan moden, segar dan terkini. 

Butik MCvogue menawarkan pilihan pakaian pada harga mampu milik dengan falsafah rekaan satu saiz. Dengan kualiti setiap rekaan yang ditawarkan, MCvogue ternyata pilihan tepat untuk anda yang gemarkan gaya pada harga berpatutan. Kunjungi MCvogue di tingkat 1 Plaza Shah Alam hari ini.