Pencarian Wanita Melayu Kembali

Posted On: 09 January 2018

Buat tahun kelima, Pencarian Wanita Melayu 2018 sekali lagi bakal menyaksikan seorang lagi Ikon Wanita Melayu yang akan dijulang sebagai idola masyarakat. Tahun ini Plaza Shah Alam dengan pihak pengurusan YannRifft sekali lagi bekerjasama dalam mencari wanita yang datang dengan pakej lengkap - berkeyakinan tinggi, berpewatakan menarik serta memiliki visi hidup yang jelas dan mampu dijadikan inspirasi lebih ramai wanita di luar sana.

Pendaftaran secara dalam talian dan penyertaan menerusi sosial media Facebook dan Instagram turut dibuka kali ini bagi mereka yang ingin mencuba menampilkan personaliti diri masing-masing. Apa yang pasti kali ini kami mahu juara yang dipilih memilki karisma sebagai wanita Melayu yang mampu dibanggakan.

Menyingkap kembali sepanjang lima tahun penganjurannya, Pencarian Wanita Melayu sehingga hari ini sudah berjaya menghasilkan wakil-wakil wanita yang berjaya dalam bidang masing-masing. Nama-nama juara seperti Ashira Kaseh, Ayu Haris, Hazwani dan Nurul Ain hari ini sudah berjaya di lapangan kerjaya masing-masing. Baik dalam bidang peragaan, perniagaan dan lain-lain.

Jika anda memiliki ciri-ciri yang kami cari, jangan lupa untuk mendaftar terus sebagai calon juara Pencarian Wanita Melayu 2018 yang akan kami angkat sebagai Ikon Wanita Melayu tahun ini. Terus ke laman web rasmi Plaza Shah Alam dan klik bahagian CONTEST untuk pendaftaran atau muat naik video di Facebook dan Instagram dengan tag akau Plaza Shah Alam beserta hashtag #PWM2018 #PlazaShahAlam #DupDap agar pihak kami dapat melihat video anda.

SELAMAT BERJAYA!