Berlangsung cukup meriah Ahad lalu dengan kehadiran peserta yang berdaftar melebihi 3000 penyertaan kesemuanya, The Running Diva Malaysia dengan kerjasama Plaza Shah Alam sebagai lokasi rasmi berjaya mencipta sejarah tersendiri dalam menganjurkan acara fun run yang cukup meriah ini.
Bermula seawal jam 6 pagi perkarangan Plaza Shah Alam sudah dipenuhi dengan peserta yang rata-ratanya bergaya cukup unik dan menarik untuk kerjasama kali pertama Plaza Shah Alam bersama pihak pengurusan The Running Diva Malaysia.
Dua kategori utama disediakan untuk kesemua peserta iaitu 10 KM dan 5 KM - melalui jalan utama sekitar seksyen 8 dan seksyen 9 Shah Alam. Namun apa yang lebih menarik, kemeriahan acara ini tidak berhenti di situ sahaja. Rangka aktiviti menarik diserikan dengan aktiviti Zumba, Karaoke dan magic show yang sudah dirancang lebih awal lagi.
Daripada pihak Plaza Shah Alam kami ingin berterima kasih kepada semua yang terlibat dalam melancarkan lagi acara ini dan kepada semua peserta yang terlibat semoga acara ini dapat dilangsungkan pada masa akan datang.