Buat tahun keenam penganjuran PENCARIAN WANITA MELAYU – PLAZA SHAH ALAM (PWM2019) kembali membuka peluang buat semua gadis Melayu di luar sana untuk bergelar Ikon Wanita Melayu 2019.
Penyertaan secara online mula dibuka bermula 11 Februari 2019 menerusi laman web rasmi www.plazashahalam.com menerima hampir 500 penyertaan keseluruhannya.
Sesi uji bakat pertama diadakan pada tarikh 23 Mac lalu dan akan diikuti dengan sesi kedua pada 30 Mac 2019 di Plaza Shah Alam.
Bagi membuka lebih peluang satu ujibakat terbuka diadakan pada 9 Mac 2019 lalu di Kompleks Kraf Kuala Lumpur bersempena dengan Minggu Kraftangan Malaysia
Bagi sesi uji bakat ini pemarkahan para peserta akan dinilai daripada sudut personaliti, skil komunikasi dan bakat yang untuk ditonjolkan. Beberapa soalan akan diajukan oleh juri terpilih bagi melihat keupayaan serta kebolehan para peserta dalam menjawab soalan secara spontan dalam masa yang ditetapkan.
Dua sesi promosi awal sudah dilakukan di Kompleks Kraf Kuala Lumpur bersempena Hari Kraftangan Kebangsaan yang lalu serta satu sesi promosi “Open Day PWM2019” di Plaza Shah Alam yang berlangsung pada 15 Mac 2019 yang lalu.
KERJASAMA MAKNA + PWM2019
Satu kerjasama khas bersama MAKNA dalam mengumpul dana sumbangan buat pesakit kanser payudara turut diwujudkan bersempena aktiviti Pencarian Wanita Melayu Plaza Shah Alam tahun ini. Kutipan derma ini mula dikutip bermula hari ini (27 Mac ) sehingga 20 April 2019 dan akan disumbangkan sepenuhnya kepada pihak MAKNA.
BARISAN PENAJA UTAMA
Seperti tahun sebelumnya, pihak Plaza Shah Alam berbangga dengan penglibatan HABIB JEWELS yang menjadi penaja utama program Pencarian Wanita Melayu 2019 kali ini bersama ICE-WATCH. Penajaan hadiah lain turut disokong oleh Xixili, Anytime Fitness, MC Vogue dan Samrt Travel yang turut akan melakukan aktiviti bersama finalis selain menaja hadiah untuk kesemua finalis tahun ini.
HADIAH LUMAYAN MENANTI PEMENANG
Tarikan utama hadiah lumayan sentiasa dinantikan semua peserta yang bertanding. Selain dapat merebut gelaran Ikon Wanita Melayu pemenang utama Pencarian Wanita melayu 2019 bakal membawa pulang wang tunai bernilai RM5000, Barangan Habib Jewels bernilai RM4000, Jam tangan Ice-Watch (RM2000) serta penajaan daripada Xixili dan Anytime Fitness. Beberapa penajaan hadiah lain akan diumum dari semasa ke semasa.
Tarikh Ujibakat
23 & 30 Mac 2019
Separuh Akhir
13 April 2019
Acara Kemuncak
20 April 2019