Uji Bakat Pencarian Wanita Melayu 2022

Posted On: 02 August 2022

Berlangsung dengan penuh warna dengan kehadiran hampir 200 peserta yang datang daripada pelbagai latar, uji bakat Pencarian Wanita Melayu 2022 tahun ini antara yang paling hangat diperkatakan.

Dijalankan selama dua hari pada 23 dan 24 Julai 2022, Uji bakat tahun ini diadili beberapa juri profesional iaitu Kiffy Razak (Pengarang Urusan Majalah NONA), Puan Azura Mokhtar (Pengurus Kanan Plaza Shah Alam), Puan Fazura (Pemilik Mumtazfella Perfume), Puan Yanti Ahmad (Koordinator Pencarian Wanita Melayu) dan wakil penaja daripada Twenty.

Pelbagai bakat ditonjolkan para peserta seperti tarian, nyanyian tidak kurang juga yang menampilkan bakat mendandan rambut juga pengacaraan dengan cara yang cukup unik dan menarik sekali. 

Semua peserta diadili daripada sudut personaliti, skil komunikasi serta bakat yang ditonjolkan serta cara mereka menjawab soalan yang diberikan oleh juri profesional. Keupayaan untuk menjawab setiap soalan menjadi kepentingan melihat peserta mengendali situasi.

Seramai 25 peserta dipilih ke peringkat Separuh Akhir yang akan berlangsung pada 6 Ogos di pentas utama Plaza Shah Alam yang akan disaksikan secara umum oleh semua pengunjung. Berikut senarai 24 peserta yang layak ke peringkat separuh akhir.

Nur syafiqah ibrahim

Nurul yasmin amran

Nik zulaiha jalaluddin

Nur shalia shuid

Melati syahira asmawi

Shalinanabila abdullah

Aida nabilah yushaimi

Nurul najihah mahmud

Nur athiyah hazirah mohd jamil 

Nur diana sri tuteja mohd johari

Amelia usman 

Siti aisyah mohamed zulkifli

Alya batrisya noor ismadi

Aqilah afindi

Puteri ermisha qistina

Nurul izzatul aqma ludin

Nurul azwani salimen

Yaserah gohar ali

Nazatul syuhada amran

Nurul kamilia afiqah kamaruzaman

Sabrina nizam

Natasha diayana zulkifly

Nurthalia qistina asmarizal

Nurul aida sabari

Noor syahieira nadia mohd zaini