LATEST NEWS

KEMERIAHAN PEMBUKAAN BUTIK PANDORA

Tanyalah wanita mana pun, pastinya jenama aksesori mewah Pandora menjadi dambaan mereka. Mula diperkenalkan di Copenhagen Denmark oleh pasangan suami isteri Enevoldsen dan Winnie mula bertapak sekitar awal tahun 80-an. Sejak itu, PANDORA utuh sebagai jenama yang cukup dekat dengan wanita seluruh dunia sehingga hari ini.Berlangsung cukup sederhana tetapi intimate minggu lalu, Plaza Shah Alam melangkah selangkah lagi ke dunia serba mewah PANDORA dengan pembukaan butik ini yang berlokasi di ground floor, lokasi strategik bagi setiap pengunjung yang singgah ke mall kami.Merasmikan pelancarannya, Pengarah Urusan PANDORA Malaysia, Datin Sri Zarida Noordin hadir sebagai tetamu VVIP dalam acara yang turut dirai rakan media, staff dan pelanggan setia PANDORA.Bagi anda yang tidak berkesempatan lagi ke butik serba indah PANDORA di Plaza Shah Alam, boleh terus ke pusat beli belah kami dan kunjungi butik PANDORA dengan menikmati hadiah istimewa dengan setiap pembelian bernilai RM618 sementara stok masih ada. Jom kita lihat gambar-gambar menarik sepanjang majlis pelancaran butik PANDORA di Plaza Shah Alam.

Kemeriahan Pesta Haiwan Peliharaan Plaza Shah Alam

Buat julung kalinya Plaza Shah Alam dengan kerjasama Kelab Kucing Malaysia menganjurkan sebuah karnival haiwan peliharaan yang mendapat sambutan luar biasa semua pengunjung. Berlangsung selama dua hari pada 16 dan 17 September yang lalu dengan cukup meriah.Pelbagai jenis haiwan peliharaan dikumpulkan seperti kucing, burung, arnab, ikan dan haiwan eksotik ular yang turut diadakan di aras bawah dan aras satu Plaza Shah Alam. Pelbagai aktiviti disusun seperti pertunjukan fesyen, petting zoo, pertandingan face painting dan demonstrasi daripada pemilik-pemilik haiwan peliharaan yang dikumpulkan.Bagi yang terlepas acara menarik ini, jom sama-sama kita lihat apa yang berlaku sepanjang penganjuran Pesta Haiwan Peliharaan Plaza Shah Ala mini berlangsung. Terima kasih kami ucapkan bagi semua yang hadir dan terima kasih kami juga buat Kelab Kucing Malaysia kerana sama-sama menjayakan acara ini.

KEMERIAHAN ADIWIRA MERDEKA PLAZA SHAH ALAM

Berlangsung dengan cukup meriah bermula 16 Ogos lalu, buat julung kalinya Plaza Shah Alam memperkenalkan program ADIWIRA MERDEKA. Memeriahkan acara ini satu pameran figura adiwira diadakan di ruang legar Plaza Shah Alam dengan menampilkan figura popular seperti Ironhide, Bumblebee, Cat Woman, Teenage Mutant dan banyak lagi yang dibawakan dan dipasang khusus untuk pengunjung Plaza Shah Alam.Memeriahkan lagi acara kali ini, pihak Plaza Shah Alam turut menganjurkan pertandingan mewarna, pakaian beragam serta kemunculan istimewa dua figura aksi pada hujung minggu. Figura aksi ini meluangkan masa bersama pengunjung yang hadir untuk bergambar dan bermesra dengan semua. Jangan lupa kongsikan pandangan anda tentang aktivi yang kami jalankan ini ok! Bagi yang terlepas peluang, jom lihat gambar-gambar yang sempat dirakam sepanjang acara ADIWIRA MERDEKA Plaza Shah Alam ini berlangsung! 

PARKIR VALET DI PLAZA SHAH ALAM!

Mulai 1 September 2017, Plaza Shah Alam akan memperkenalkan sistem parkir valet! Dengan kadar serendah RM10 untuk 3 jam pertama dan RM2 bagi jam beriukutnya, anda kini boleh menguruskan apa jua urusan dengan lancar dan mudah. Apa yang pasti sistem keselamatan akan sentiasa terjamin dan masa anda dapat dijimatkan dengan sistem parkir yang baru ini! Jangan lupa untuk mencuba okay!  

Adiwira Merdeka Plaza Shah Alam

Bersempena  bulan merdeka ini, Plaza Shah Alam akan menganjurkan aktiviti pameran figura adiwira yang akan dilangsungkan bermula tarikh 16hb Ogos ini. Pelbagai aktiviti menarik akan diisi buat semua pengunjung yang datang ke Plaza Shah Alam. Antara aktiviti yang disusun adalah pertandingan pakaian beragam, mewarna, kraf dan kemunculan adiwira.Ikuti perkembangan kami di laman Facebook dan Instagram PlazaShahAlam untu maklumat lanjut

Promo Menarik Ogos di Plaza Shah Alam

Seperti biasa setiap bulan kami di Plaza Shah Alam sentiasa mahu memberikan anda promosi-promosi menarik daripada semua tenant kami yang ada! Dan apa yang menarik ada beberapa jenama gaya hidup terkini yang akan menambah keceriaan Plaza Shah Alam pada bulan ini.LOVELILLY KL Memperkenalkan beg tangan terbaru ASHLEY Exclusive bagi wanita moden yang mahu sentiasa tampil penuh gaya sepanjang masa. ASHLEY Exclusive tampil dengan padanan rona pop seperti Red, Dusty Purple dan Sunshine Yellow. Dijual dengan harga promosi RM230. Lovelilly KL berlokasi di aras 1 Plaza Shah Alam.MBG FRUITSPromosi istimewa buah blueberry pada harga RM6.90 daripada MBG Fruit Shop. Dapatkan khasiat buah sebenar pada harga cukup rendah hanya di MBG Plaza Shah Alam yang terletak di aras bawah. Promosi sah bermula 1 Ogos sehingga 6 Ogos 2017.STARBUCKS COFFEEMeneruskan keterujaan penggemarnya, Starbuck Malaysia memperkenalkan dua perisa baru masa terhad iaitu Granola Dark Mocha Frappuccino dan Acai Mixed Berry Yogurt Frappuccino. Beli pada saiz Venti dan anda boleh dapatkan Starbucks Fashion Sleeve pada harga serendah RM15. Untuk info lanjut terus ke Starbucks Plaza Shah Alam di ground floor.ICE-WATCHIce-Watch memperkenalkan edisi terhad ICE Merdeka. Anda berpeluang memenangi jam tangan istimewa ini dengan pergi terus ke butik Ice-Watch dan ambil gambar dengan jam edisi terhad ini. 3 pemenang bertuah akan membawa pulang jam tangan istimewa ICE Merdeka sementara 7 pemenang lain akan diberi baucar tunai bernilai RM200!WATSONSPromosi bersempena bulan merdeka! Watsons Malaysia memperkenalkan promosi #SatuNation yang menampilkan promosi beli satu percuma satu dan potongan harga untuk barangan lainnya. Apa lagi jangan buang masa, jom ke Watsons Plaza Shah Alam di aras 1.MINISOTarikan terkini Plaza Shah Alam! Miniso jenama barangan pelbagai dari Jepun ini mula bertapak di Malaysia sekitar awal tahun ini akan menambah warna di Plaza Shah Alam. Jangan lupa untuk beramai-ramai ke Miniso yang akan dibuka pada hujung Ogos ini.

Sekitar Acara Rockstar Run - The Running Diva Malaysia di Plaza Shah Alam

Berlangsung cukup meriah Ahad lalu dengan kehadiran peserta yang berdaftar melebihi 3000 penyertaan kesemuanya, The Running Diva Malaysia dengan kerjasama Plaza Shah Alam sebagai lokasi rasmi berjaya mencipta sejarah tersendiri dalam menganjurkan acara fun run yang cukup meriah ini.Bermula seawal jam 6 pagi perkarangan Plaza Shah Alam sudah dipenuhi dengan peserta yang rata-ratanya bergaya cukup unik dan menarik untuk kerjasama kali pertama Plaza Shah Alam bersama pihak pengurusan The Running Diva Malaysia.Dua kategori utama disediakan untuk kesemua peserta iaitu 10 KM dan 5 KM - melalui jalan utama sekitar seksyen 8 dan seksyen 9 Shah Alam. Namun apa yang lebih menarik, kemeriahan acara ini tidak berhenti di situ sahaja. Rangka aktiviti menarik diserikan dengan aktiviti Zumba, Karaoke dan magic show yang sudah dirancang lebih awal lagi.Daripada pihak Plaza Shah Alam kami ingin berterima kasih kepada semua yang terlibat dalam melancarkan lagi acara ini dan kepada semua peserta yang terlibat semoga acara ini dapat dilangsungkan pada masa akan datang.

Promosi Menarik Bulan Julai di Plaza Shah Alam!

Pasca sambutan hari raya yang masih lagi berlangsung sehingga penghujung bulan ini, pelbagai promosi menarik dilakukan bagi meneruskan keterujaan semua pengunjung Plaza Shah Alam. Jom kita lihat senarai promosi hebat berlangsung sepanjang bulan ini.Krispy Kreme Bersempena ulang tahun ke-80 donut paling popular sedunia, Krispy Kreme menawarkan promosi hebat belian sedozen donut Glaze serendah 80 sen dengan setiap pembelian mana-mana sedozen donut yang lain. Promosi sah pada tarikh 14 Julai 2017 sahaja.Baskin RobbinsMeneruskan keterujaan dalam hidangan manisan ais krim, Baskin Robbins memperkenalkan  perisa baru Nutty Salted Caramel. Cuba sekarang di Baskin Robbins Plaza Shah Alam yang terletak di ground floor.Juice WorksEat more green be more clean! Juice Works datang dengan menu baru Green Dinosaurs! Bahan-bahan terpilih dalam jus ini adalah bayam, chia seed, laici, jus tropikal, asi krim vanilla dan sorbet. Agak-agak macam mana rasanya ya? Jom cuba! Juice Works terletak di ground floor Plaza Shah Alam.Ice-WatchJualan murah Ice-Watch berterusan bersempena musim panas ini. Kunjungi butik Ice-Watch di Plaza Shah Alam bagi melihat sendiri promosi hangat sehingga 70% yang pastinya membuat anda teruja untuk memilikinya!  Promosi berlangsung sehingga 31 Julai ini.WatsonsNikmati diskaun 10 peratus untuk setiap botol Arome by Watsons (losen atau gel mandian) pada harga serendah RM18.55 sehingga RM20.17 bagi setiap ahli Watsons. Kunjungi Watsons Plaza Shah Alam di tingkat 1.StarbucksBagi penggemar pisang dan frap! Starbucks Malaysia memperkenalkan satu lagi menu baru iaitu  Banana Mocha Split Frappuccino. Menambah keunikan menu baru ini, Frap ini ditambah dengan strawberry whip cream! Nak tau sedap ke tak, kenalah cuba sekarang! Lokasi, ground floor Plaza Shah Alam. 

Spot Kopi Terbaik Di Plaza Shah Alam

Ramai yang tak boleh start hari tanpa secangkir kopi kan? Kami di Plaza Shah Alam ada beberapa coffee station untuk anda singgah dan nikmati secangkir kopi seawal jam 10 pagi sehingga jam 10 malam setiap hari!StarbucksLokasi: Ground floorKrispy Kreme Lokasi: Ground floorPappaRichLokasi: Ground floorCafé BellagioLokasi: Ground floorChill ChillLokasi: Lower ground