LATEST NEWS

AQILA AFINDI DINOBAT SEBAGAI “IKON WANITA MELAYU” – PENCARIAN WANITA MELAYU 2022 PLAZA SHAH ALAM

Shah Alam, 13 Ogos 2022 – Pentas utama Plaza Shah Alam menyaksikan kemenangan berpihak pada gadis bernama Aqila Afindi (21) yang membawa gelaran Ikon Wanita Melayu 2022 – Pencarian Wanita Melayu anjuran Plaza Shah Alam.Aqila menewaskan sembilan lagi saingan terdekatnya dengan membawa pulang hadiah berupa wang tunai bernilai RM10,000 daripada pihak Plaza Shah Alam serta hadiah iringan sumbangan penaja-penaja.Berada rapat sebagai pesaingnya ialah Nur Athiya Hazirah (26) yang mengungguli tempat kedua dengan membawa pulang wang tunai sebanyak RM5,000 berserta hadiah daripada para penaja dan Siti Aisyah (26) mendapat tempat ketiga dengan membawa wang tunai RM3,000 daripada Plaza Shah Alam berserta hadiah sumbangan penaja-penaja lain.Miss Personality menjadi milik Sabrina Nizam (24) dan Miss Photogenic diberikan kepada Nur Diana Sri Tunteja  (21). Kedua-duanya membawa pulang wang tunai RM1,000 daripada Plaza Shah Alam berserta hadiah tajaan. Majlis yang diacarakan oleh Fahrin Ahmad (Aktor) bersama bekas Ikon Wanita Melayu 2018, Amy Nurtinie ini diadili lima juru profesional iaitu Vanidah Imran (Aktres), Encik Faizal Hamid (Pensyarah Fesyen UiTM), Kiffy Razak (Pengarang Urusan majalah NONA), Puan Azura Mokhtar (Pengurus Kanan Plaza Shah Alam) dan Mas Idayu (Selebriti).Menyorot kembali perjalanan program PWM 2022, Seramai lebih 200 peserta hadir bagi sesi uji bakat yang diadakan selama dua hari pada 23 & 24 Julai lalu diikuti sesi separuh akhir yang berlangsung 6 Ogos menyaksikan 25 peserta bertanding untuk layak ke peringkat akhir.Aqila menumpaskan harapan sembilan finalis lain iaitu Siti Aisyah (26), Puteri Ermisha Qistina (19), Nur Yasmin (24), Nur Izzatul Aqma (20), Nur Shalia (26), Yaserah Ali (25), Sabrina Nizam (24), Nur Diana Sri Tunteja (21) dan Nur Athiyah Hazirah (26) untuk bergelar Ikon Wanita Melayu Tahun ini. Penganjur:Plaza Shah Alam (Dimiliki oleh Evergreenvenues Sdn Bhd)Koordinator:Yann Rifft ResourcesPenaja utama:HABIB & ICE-WATCHPenaja bersama:Anytime Fitness Plaza Shah Alam, Anas Abdullah, Twenty SkinCare, Shes, Seri Radiah Songket, Eyrafadz Wedding, MumtazPerfume, Breylee, Lanbena, Schatz, Carya Cometic, AniKatering Wedding Planner dan MC Vogue Plaza Shah Alam.

Top 10 Finalis PWM 2022

“PENCARIAN WANITA MELAYU – PLAZA SHAH ALAM 2022”Shah Alam, 6 Ogos 2022 – Pentas utama Plaza Shah Alam Sabtu lalu menyaksikan persaingan sengit 25 peserta separuh akhir Pencarian Wanita Melayu 2022 yang bertanding untuk melayakkan diri ke peringkat akhir PWM 2022.Sebanyak 25 terpilih daripada 200 penyertaan uji bakat yang dibuka secara online sejak Mac 2022 lalu. Kesemua peserta yang terpilih di peringkat separuh akhir dinilai daripada sudut personaliti, skil komunikasi dan pembawakan yang ditonjolkan di hadapan para juri.Berada di barisan juri adalah Vanidah Imran (Aktres), Encik Faizal Hamid (Pensyarah Fesyen UiTM), Kiffy Razak (Pengarang Urusan majalah NONA) dan Puan Azura Mokhtar (Pengurus Kanan Plaza Shah Alam). Persembahan separuh akhir Pencarian Wanita Melayu 2022 diacarakan Fahrin Ahmad dengan persembahan selingan nyanyian dan juga tarian.Bakal diacarakan oleh Fahrin Ahmad, acara kemuncak bakal berlangsung pada 13 Ogos 2022 (Sabtu) jam 2 Petang. Finalis terpilis ialah Siti Aisyah (26), Puteri Ermisha (19), Nur Yasmin (24), Nur Izzatul Aqma (20), Nur Shalia (26), Aqila Afindi (21), Yaserah Gohar (25), Sabrina Nizam (24), Nur Diana Sri Tunteja (21) dan Nur Athiyah Hazirah (26)Sepanjang seminggu kesemua finalis akan berkampung di Plaza Shah Alam dengan beberapa aktiviti woksyop seperti Etika, Imej, Grooming, Solekan, Fitness, Memasak dan aktiviti bersama kesemua penaja.Setiap aktiviti ini akan diambil markah komitmen dan beberapa cabaran akan diadakan yang turut akan diambil kira selain pemarkahan para juri di pentas akhir nanti.Bakal diadili oleh juri professional seperti Vanidah Imran (Aktres), Mas Idayu (Selebriti), Encik Faizal Hamid (Pensyarah Fesyen UiTM), Kiffy Razak (Pengarang Urusan majalah NONA) dan Puan Azura Mokhtar (Pengurus Kanan Plaza Shah Alam). Penganjur:Plaza Shah Alam (Dimiliki oleh Evergreenvenues Sdn Bhd)Koordinator:YannRift Penaja utama:Habib & Ice-WatchPenaja bersama:Anytime Fitness Plaza Shah Alam, Anas Abdullah, Twenty Skin Care, Shes, Seri Radiah Songket, Eyrafadz Wedding, Mumtaz Perfume, Breylee, Lanbena, Schatz, Carya Cometic, Ani Katering Wedding Planner dan Mc Vogue Plaza Shah Alam.

Uji Bakat Pencarian Wanita Melayu 2022

Berlangsung dengan penuh warna dengan kehadiran hampir 200 peserta yang datang daripada pelbagai latar, uji bakat Pencarian Wanita Melayu 2022 tahun ini antara yang paling hangat diperkatakan.Dijalankan selama dua hari pada 23 dan 24 Julai 2022, Uji bakat tahun ini diadili beberapa juri profesional iaitu Kiffy Razak (Pengarang Urusan Majalah NONA), Puan Azura Mokhtar (Pengurus Kanan Plaza Shah Alam), Puan Fazura (Pemilik Mumtazfella Perfume), Puan Yanti Ahmad (Koordinator Pencarian Wanita Melayu) dan wakil penaja daripada Twenty.Pelbagai bakat ditonjolkan para peserta seperti tarian, nyanyian tidak kurang juga yang menampilkan bakat mendandan rambut juga pengacaraan dengan cara yang cukup unik dan menarik sekali. Semua peserta diadili daripada sudut personaliti, skil komunikasi serta bakat yang ditonjolkan serta cara mereka menjawab soalan yang diberikan oleh juri profesional. Keupayaan untuk menjawab setiap soalan menjadi kepentingan melihat peserta mengendali situasi.Seramai 25 peserta dipilih ke peringkat Separuh Akhir yang akan berlangsung pada 6 Ogos di pentas utama Plaza Shah Alam yang akan disaksikan secara umum oleh semua pengunjung. Berikut senarai 24 peserta yang layak ke peringkat separuh akhir.Nur syafiqah ibrahimNurul yasmin amranNik zulaiha jalaluddinNur shalia shuidMelati syahira asmawiShalinanabila abdullahAida nabilah yushaimiNurul najihah mahmudNur athiyah hazirah mohd jamil Nur diana sri tuteja mohd johariAmelia usman Siti aisyah mohamed zulkifliAlya batrisya noor ismadiAqilah afindiPuteri ermisha qistinaNurul izzatul aqma ludinNurul azwani salimenYaserah gohar aliNazatul syuhada amranNurul kamilia afiqah kamaruzamanSabrina nizamNatasha diayana zulkiflyNurthalia qistina asmarizalNurul aida sabariNoor syahieira nadia mohd zaini  

Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim dari Rumah Jagaan Al-Firdaus, Denai Alam

Alhamdulillah yesterday we surround by beautiful soul. Terima kasih buat semua pihak yang terlibat dengan aktiviti Pemberian Bubur Lambuk dan Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim dari Rumah Jagaan Al-Firdaus. Terima kasih buat Kelab Kucing Malaysia dan Suara Haiwan Malaysia yang menjayakan aktiviti semalam dengan begitu lancar sekali. Terima kasih juga buat semua NGO terlibat dan pihak media yang hadir.When we do good deeds, Allah grant us with His mercy and happiness. Alhamdulilah. 🥰🤲Kredit gambar: Kelab Kucing Malaysia

Sambutan Ramadan & Syawal 2022

Sambutan Ramadan dan Syawal bakal diraikan tahun ini dengan kemeriahan. Nantikan pengumuman aktiviti menarik yang bakal kami umum kan. Bagi anda yang masih mencari ruang niaga sepanjang bulan Ramadan ini boleh hubungi 03-55104359 (En. Safiudin) untuk info lanjut.

Pencarian Wanita Melayu Plaza Shah Alam Kini Kembali

KAMI MENCARI “IKON WANITA MELAYU – PENCARIAN WANITA MELAYU 2022” Pantas masa berlalu Pencarian Wanita Melayu kini masuk musim ke-7. Kami mencari wakilan wanita Melayu yang masih mengamalkan gaya hidup penuh budaya dalam gelombang modenisasi. Kredibiliti berkomunikasi, sahsiah diri, pengalaman meluas dalam banyak bidang selain berpenampilan menyenangkan antara ciri yang kami cari. Untuk pendaftaran klik pautan: http://www.plazashahalam.com/contests/pendaftaran-pencarian-wanita-melayu-2022

Acara Menarik Sepanjang Sambutan Krismas 2021

18th December 20212.30 PM: Mansion Jars Terrarium Workshop with Ficus & Jars4.30 PM: Let It Snow19th December 20212.30 PM: Voice of Angel LIVE Band4.00 PM: Let It Snow25th December 20212.00 PM: Voice of Angel LIVE Band4.00 PM: Xmas Cup Cakes Deco Workshop4.30 PM: Let It Snow26th December 20212.00 PM: Voice of Angel LIVE Band4.00 PM: Let It Snow1st January 20222.30 PM: Watercolor Workshop with "Weekendiminlove"4.00 PM: Let It Snow2nd January 20222.30 PM: Watercolor Workshop with "Weekendiminlove"4.00 PM: Let It Snow

#SupportLokal

Rangkaian jenama fesyen tempatan tidak kalah kualitinya dengan jenama antarabangsa. Di Plaza Shah Alam kami sentiasa menyokong tenaga kreatif tempatan yang sentiasa memberikan kualiti terbaik. __Bob Rock / Lovelilly KL (Lot F15, 1st Floor)Zhanna Boutique (Lot F14, 1st Floor)Cirgaro (Level 1& 2)House of Blouse By Najmar (Lot 2B, Lower Ground)Parca (Lot G 24, Ground Floor)MC Vogue (Lot F6, 1st Floor)