LATEST NEWS

Sambutan Hari Ibu Plaza Shah Alam

12 Mei - Berlangsung dengan penuh kesederhanaan sambutan Hari Ibu di Plaza Shah Alam diraikan dengan kuntuman bunga yang diberikan secara kejutan kepada ibu-ibu bertuah. Turut berlangsung adalah aktiviti jualan bunga selain photo booth istimewa yang boleh digunakan pengunjung bagi merakam momen istimewa mereka bersama ibu tercinta.

majlis berbuka puasa bersama anak-anak Pusat Pendidikan & Kebajikan Al Firdaus

Berlangsung semalam acara majlis berbuka puasa bersama anak-anak Pusat Pendidikan & Kebajikan Al Firdaus anjuran Plaza Shah Alam dengan kerjasama Bob Rock, Kelab Kucing Malaysia & MIXUE. Terima kasih atas kerjasama semua dan pihak media yang hadir memeriahkan acara juga kepada semua yang menyumbang. Kelab Kucing Malaysia

Jaya Grocer buka cawangan ke-49 di Plaza Shah Alam

SHAH ALAM: Jaya Grocer, jenama pasar raya premium utama negara hari ini melancarkan pembukaan cawangannya yang ke-49 di Plaza Shah Alam, di sini.Ketua Pegawai Eksekutif Jaya Grocer, Adelene Foo berkata pembukaan cawangan baharu itu juga adalah yang ketiga di Shah Alam selepas cawangan di Plaza Jelutong dan Ardence Labs.Beliau berkata pelancaran itu adalah penghargaan kepada pelanggan di Shah Alam yang telah memberikan sokongan padu terhadap jenama tempatan tersebut.Menurutnya, cawangan pertama di Shah Alam iaitu di Plaza Jelutong dibuka pada 29 Sept 2012, dan sejak itu ia pantas membina reputasi dalam menawarkan produk berkualiti tinggi dan perkhidmatan pelanggan yang cemerlang."Dengan tiga cawangan strategik kami di Shah Alam, pelanggan kini dapat menikmati pengalaman membeli-belah yang lebih mudah dan selesa bersama kami."Dengan permulaan tahun baharu yang positif ini, rancangan memperluaskan rangkaian Jaya Grocer berjalan lancar, dan berharap agar tahun 2024 membawa kejayaan lebih gemilang sejajar dengan unjuran pertumbuhan ekonomi lebih tinggi oleh kebanyakan firma penyelidikan," katanya dalam satu kenyataan.Foo berkata dengan ketiga-tiga cawangan yang terletak strategik di bandar raya itu, pelanggan di Shah Alam dapat menikmati akses lebih besar kepada rangkaian produk premium pasar raya itu, sekali gus mengukuhkan komitmen mereka untuk berkhidmat kepada masyarakat dengan lebih cekap.Katanya lagi, bagi menghargai pelanggan di Shah Alam, Jaya Grocer menawarkan promosi istimewa mulai 13 hingga 21 Jan ini untuk pelbagai barangan keperluan seperti sayur-sayuran, ayam, daging, serta tawaran menarik untuk produk import dan makanan kucing. – Bernama

Kemeriahan Pet Show Bersama Kelab Kucing Malaysia

Berlangsung cukup meriah dengan kedatangan cukup ramai pengunjung selama 3 hari, Pet Show & Clear Almari anjuran bersama Kelab Kucing Malaysia. Antara kempen yang dilaksanakan menerusi program kali ini adalah Pemvaksinan kucing, Cats adoption, jualan barangan serta makanan kucing serta pameran haiwan eksotik.Selama tiga hari berlangsung, lebih dua ribu pengunjung hadir memeriahkan acara yang dinantikan iaitu Cats Fancy Dress dan juga Petting Zoo haiwan seperti arnab yang membolehkan pengunjung turut sama bermain bersama mereka.Acara ini turut dianjurkan bersamam Power Cat Malaysia, World Of Exotics (M) Sdn Bhd, G2G juga badan berkanun lain yang terlibat. Jumpa lagi di acara berikutnya tahun hadapan. 

BK Mini Fest 2023

Pada 19-20 Ogos yang lalu, telah berlangsung BK Mini Fest 2023 di Plaza Shah Alam yang dijayakan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan disokong oleh Karihome bagi acara dua hari ini.Pada 19-20 Ogos yang lalu, telah berlangsung BK Mini Fest 2023 di Plaza Shah Alam yang dijayakan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan disokong oleh Karihome bagi acara dua hari ini.Tahun ini merupakan kali kedua BK Mini Fest dianjurkan. Kemeriahan dapat disaksikan sepanjang BK Mini Fest 2023 di mana acara ini telah menghimpunkan lebih 2000 orang kanak-kanak!Himpunan Unit Beruniform Mega X PTPTNBagi memulakan BK Mini Fest 2023, acara pertama yang diadakan adalah Himpunan Unit Beruniform Mega X PTPTN yang melibatkan lima buah sekolah sekitar Shah Alam menghantar wakil untuk perbarisan serta pertandingan Haka. Setiap sekolah melibatkan 50 orang murid yang mewakili badan beruniform pilihan mereka.Badan beruniform yang terlibat adalah Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) dari SK Bandar Anggerik, Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) dari SK Bandar Anggerik, Pandu Puteri Tunas dari SK Padang Jawa, Pengakap dari SK Seksyen 19 serta Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) dari SK Seksyen 9.Perbarisan mereka telah diiringi oleh pancaragam SMK Kepong dan kesemua peserta telah memaparkan semangat juang dengan formasi kawad kaki menarik serta gimik tersendiri untuk memikat hati juri. Selesai pertandingan kawad kaki, kesemua pasukan diminta untuk menghantar 10 orang wakil mewakili badan beruniform mereka untuk mempersembahkan Hakka. Ternyata kesemua peserta sangat bersemangat dan bersungguh-sungguh bagi merebut gelaran juara untuk pertandingan ini.Tahniah buat badan beruniform BSMM dari SK Seksyen 9 yang telah menjuarai pertandingan perbarisan serta TKRS dari SK Bandar Anggerik yang berjaya merangkul kemenangan bagi kategori Hakka.

Pertandingan Mewarna Plaza Shah Alam x Kluang Rail Coffee

Plaza Shah Alam bersama Kluang Rail Coffee akan menganjurkan Pertandingan Mewarna buat semua kanak-kanak berusia 5 sehingga 12 Tahun. Acara akan berlangsung pada 22 Julai 2023 (Sabtu)  jam 11 Pagi di aras Ground Floor Plaza Shah Alam. Berikut syarat-syarat dan kategori yang telah ditetapkan:http://www.plazashahalam.com/contests/coloring-contest-plaza-shah-alam-x-kluang-rail-coffee

Summer Sunnies

Adding a little shade to your day with this stylish idea from our tenants.Focus Point (LOT G 6A)Time Zone (LOT G 21)M.O.G Eyewear (LOT G 22)#sunnies#style#shopping#shahalam#summervibesA dark grey acetate structure defines these rectangular- frame sunglasses, resulting in a modern final design. A cut-out Interlocking G logo enriches the temples. Model code: GG1325S 003"Experience the epitome of sleek sophistication with our latest collaboration: KOMONO x BSTN The Glacier sunglasses.  Elevate your style and protect your eyes in ultimate fashion for just RM899. Limited availability, so don't miss your chance to own  it!A classic and authentic aviator silhouette that’ll keep you looking good as you fly across the sky. Designed with a vintage aesthetic and engineered for optimal comfort, it features metal frame and coating protection

Belai Diri

Hello Ladies! As the weekend approaches, book your slot at our selected spa and salon to pamper yourself after the long week!shahirahwellnesscentre Lepaque Cut Hair Studio @muradskincaremy @lamoda_hair_studio_est_2012 #weekend #spa #salon #shahalam